Kelebihan Kami

Assalamualaikum kepada semua yang di Rahmati Allah dan di Sayangi Nabi.

Setiap kali kita pergi ke sesuatu tempat baru bersama keluarga, homestay merupakan pilihan yang paling terbaik sekali untuk bermalam kerana ianya lebih luas dan kosnya lebih murah. 

Homestay kami menyediakan  beberapa faktor penting dalam pemilihan sesebuah homestay iaitu kami memiliki :

  1. Jumlah bilik yang banyak iaitu 4 bilik dan 3 bilik air, memang cukup selesa buat ahli keluarga yang ramai.
  2. Dekorasi dalaman homestay yang moden, ringkas dan segar mata memandang supaya ianya dapat  memberikan kepuasan maksimum kepada semua tetamu
  3. Ruang di dalam bilik dan ruang tamu yang cukup luas dan selesa.
  4. Kawasan kejiranan yang cukup mesra dan lokasinya yang berhampiran IPD Pontian menjadikan faktor keselamatan di kawasan ini adalah terjamin.
  5. 3 bilik berhawa dingin bagi De Damai, dan 2 bilik berhawa dingin bagi De Jasa (maklumlah cuaca sekarang agak panas)
  6. Kelengkapan  dapur lengkap seperti dapur memasak , peti ais dan mesin basuh.
  7. Siaran TV berbayar Astro yang tentu menjanjikan keseronokan buat ahli kelaurga anda nanti.
  8. Kawasan parking kereta yang cukup luas dan yang paling penting ianya berpagar bagi menjamin keselamat kenderaan anda.
  9.  Kami juga menyediakan extra toto dan bantal bagi menampung jumlah penghuni yang ramai.
  10. Kedudukan Homestay kami yang amat strategik dengan pasaraya, kedai runcit, dobi, KFC, Pizza Hut hanya beberapa minit sahaja sangat memudahkan para tetamu nanti.
  11. Kemudahan-kemudahan awam yang lain juga adalah berada di sekitar homestay kami seperti Balai Polis Pontian (IPD), Balai bomba , Bank (CIMB,Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN), Klinik Perubatan, Hospital Pontian dan Masjid Pontian
  12. Berhampiran dengan dataran pontian (Tambak Pontian ) di tepi laut tempat rekreasi di waktu petang kerana terdapat pelbagai permainan kanak-kanak dan juga orang dewasa selain pemandangan di tepi laut yang sungguh mendamaikan.
  13. Hanya 10 minit untuk pergi ke  Pusat Rekreasi Kukup Golf Resort yang menyediakan taman tema air yang semestinya memberikan pengalaman indah buat anak-anak para tetamu.
  14. Bagi yang gemar melakukan  aktiviti luar ,hanya 20 minit untuk  diperlukan untuk mandi manda di Gunung Pulai yang mempunyai air terjun semula jadi yang sungguh menyeronokkan , untuk berkelah sambil makan-makan bersama keluarga amatlah  menyeronokkan.
  15. Berhampiran Gunung Pulai itu juga terdapat Taman Tema Air Lata Sri Pulai  yang menjanjikan  suatu pengalaman yang lain daripada yang lain, percayalah….anak-anak anda sudah tentu tidak mahu pulang nanti hehe…